Suatu ketika Umar al Khattab r.a dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, "apakah perihalnya kamu ini?" Perempuan itu menjawab, "Yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku." Umar Al-Khattab r.a teruja dengan kejadian itu lalu berkata, "Wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya." Perempuan itu membalas, "Tidak ya Amir Al -Mukminin. Aku belum menunaikan hak bapaku keatas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjagaanya ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati." (source: Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai ke Syurga- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
Something yang I think it would be good to share among us. Masya Allah..harap2 nya kita semua x jadilaa macam perempuan tu kan??
Tinggal lagi sehari nk blk kampung, nak beraya bersama keluarga tercinta. Time2 mcm ni i'm sure our parents dah tak sabar nak tunggu kepulangan kita. Kepulangan anak2, cucu2.. tak kenal erti penat lelah...for my family, klau kitorang semua balik, mama mesti sibuk nak buat cucoq udang..taktau nape, tapi dari dulu sampai sekarang, kalau balik je, mesti buat cucoq udang..kuah kacang....ermmmm...best!! maybe sebab dia tau, kalau kitorang sume balik, mama buat cucoq udang, confirm cucoq udang tu mesti habiss..buatlaa banyak mana pon, cucoq udang tu mesti abes gak. Kitorang adik beradik memang addicted denngan cucoq udang mama. Even abg Jiji yang kononya tak makan udang, sotong, ikan dan sewaktu dengannya tu, klau jumpa cucoq udang mama, mesti pulun gile (eventho dlu jenuh dok buang udang bile makan cucoq udang..ada ka??dah nama cucoq udang, p buang udang dia buat apa???ngehngehngeh) But somehow, he's learning to eat those kind of seafood. Thanks to kak farah sbb berjaya mengubah abang saya menjadi orang yg belajar makan seafood...hahahaha. Tapi tu kes mama laa..kalau kes ayah, kalau kami balik je, for breakfast, ayah mesti p beli apom balik org pas. yess, apom balik terbaik dari ladang, habaq hang!! (apom balik orang pas adalah apom balik terbaik dan terpopular di perlis whereby apom balik ni hanya di jual di nat sabtu, penjual2 memang orang pas sebab kertas yg digunakan utk membalut apom balik ialah keratan surat khabar harakah..heheheheheh..berdakwah sambil menjual). so, everytime kitorang balik, bangun pagi2, mesti ada apom balik org pas tu...and when i went back to perlis last 2 weeks, masa bulan posa, ayah boleh lak p beli apom balik tu sbb nk bg makan kt amanina n falah for their breakfast...wahhh, kecur air liurr beb..ohh ya, lupa nk bgtau keistimewaan apom balik orang pas ni is that harganya hanya 5kupang (50sen) tapi ada byk kacang, banyak jagung...perghhh....terbaik dari ladang, habaq hangg!!!hehhehe... well, tu kisah my parents everytime kitorg balik..cucoq udang and apom balik tu kira benda wajib laa..tu tak masuk benda2 lain yg menerujakan lagi, such as ketam , siput sedut, pekasam..perghhh...asyikk bab makannnn je kan...hehehhehe...tu kira pengorbanan our parents yg bg diorg sgt sikit laa..sbb ada byk lagi pengorbanan yg diorg buat yang kita tak tau, kadang2 buat tak tau and kadang2 taknak amik tau...teringat balik kisah perempuan masa zaman Umar alKhattab tadi, sanggup dia berfikiran cetek mcm tu sbb semata-mata dah tak sanggup nak men jaga ayah dia yg dh nyanyuk, sedangkan ayah dia of course dah banyak sgt berkorban utk dia masa dia kecik dlu, so do our parents..
This is something yang kita patut ingat2kan sesama kita..mana yang kita terlupa, kita ingat2kan. Insya Allah, semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya...
0 comments:
Post a Comment